WUDUK DAN PENGERTIANNYA



PENGERTIAN WUDUK
Wuduk bermaksud membersihkan sebahagian anggota badan yang tertentu dengan air setelah berlakunya hadas kecil supaya kita dapat melakukan ibadat.

PENGERTIAN WUDUK

Wuduk bermaksud membersihkan sebahagian anggota badan yang tertentu dengan air setelah berlakunya hadas kecil supaya kita dapat melakukan ibadat.

HUKUM BERWUDUK

Hukumnya adalah wajib sebelum kita melakukan ibadat seperti solat, tawaf dan menyentuh al-Quran.

RUKUN WUDUK

1. Niat wuduk
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
4. Menyapu air di kepala
5. Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib

ANGGOTA-ANGGOTA WUDUK

1. Muka

2. Tangan


3. Kepala


4. Kaki

NIAT WUDUK

" Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala "

CARA-CARA BERWUDUK

1. Membaca Bismillah.
2. Membasuh tapak tangan hingga pergelangan tangan.
3. Berkumur-kumur
4. Membaca niat wuduk.
5. Membasuh muka ( 3 kali )
6. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku ( 3 kali )
7. Menyapu air di sebahagian kepala ( 3 kali )
8. Membasuh telinga kanan dan kiri ( 3 kali )
9. Membasuh kaki kanan dan kiri hingga ke buku lali ( 3 kali )

SUNAT-SUNAT WUDUK

1. Membaca Bismillah
2. Membasuh tapak tangan hingga pergelangan tangan.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya.
5. Menyapu semua bahagian kepala.
6. Membasuh atau menyapu air ke telinga.
7. Menyilang-nyilang jari tangan dan kaki.
8. Mendahulukan anggota kanan.
9. Membasuh atau menyapu anggota wuduk 3 kali.
10.Membaca doa selepas wuduk.
11. Berturut-turut.

MAKRUH WUDUK

1. Menggunakan air secara berlebihan.
2. Membasuh anggota wuduk lebih 3 kali.
3. Meminta pertolongan orang lain untuk berwuduk tanpa keuzuran.
4. Mendahulukan anggota kiri daripada kanan.
5. Bercakap-cakap ketika berwuduk.
6. Mengelap anggota wuduk selepas berwuduk.

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1. Keluar sesuatu dari Qubul atau dubur.
2. Tidur tidak tetap punggung seperti tidur mengiring dan tidur meniarap.
3. Hilang akal disebabkan mabuk,pitam  atau gila.
4. Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang halal dinikahi ( bukan mahram ).
5. Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan tanpa berlapik.

DOA SELEPAS BERWUDUK

Maksudnya " Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya.
Ya Allah jadikanlah aku daripada kalangan orang  yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri, dan jadikanlah aku termasuk golongan orang yang soleh".